Pengenalan

| | Posted On

Terletak di atas sebuah anak bukit yang bersilang kedudukannya dengan Hospital Ratu Elizabeth. Muzium yang tersergam indah ini merupakan muzium terbesar daripada beberapa banyak muzium di Sabah. Kompleks bangunan yang dibina pada tahun 1985 ini, mengandungi Bangunan Utama, Pusat Sains dan Pendidikan, Kampung Budaya, Galeri Seni Lukis Sabah dan Muzium Tamadun Islam.

Di dalamnya terdapat pelbagai galeri yang menempatkan antaranya Sejarah Semula jadi, Tembikar, Etnografi dan pameran Arkeologi.

Tembikar, senjata tradisional dan busana mencerminkan kepelbagaian budaya negeri ini dan menyusur galurkan perhubungan dagang terawal antara Sabah dengan negara jirannya di Asia Tenggara dan China. Muzium ini juga menempatkan instrumen muzik, dan peralatan ritual.


_MG_2220


Dalam kawasan Muzium juga terdapat Kampung Budaya. Anda dapat memasuki dan menyaksikan sendiri kepelbagaian rumah tradisional daripada pelbagai kumpulan etnik suku kaum di Sabah. Kegiatan kebudayaan juga turut diadakan dari semasa ke semasa.

Muzium Negeri Sabah terletak di Jalan Bukit Istana Lama, Kota Kinabalu, 4 km atau kira-kira 15 minit perjalanan dari pusat bandar raya.

_MG_2223

Sumber: Sabah Tourism Board

Mengenai Kami

| Labels: | Posted On

Salam sejahtera, terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur kerana siapnya laman web yang menjadi sebahagian daripada tugasan kami sebagai pelajar Pusat Luar Univerisiti Malaysia Sabah untuk subjek Pengenalan Kepada Sistem Maklumat iaitu BT10703. Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara lansung atau tidak lansung dan juga pensyarah subjek ini iaitu En. Yuzainy Janin atas segala sokongan dan dorongan yang telah diberikan dalam usaha menyiapkan laman web ini. Selain itu, kami juga ingin berterima kasih atas segala sumber dan bahan untuk menyiapkan laman web ini dan memohon maaf kepada pihak Muzium Sabah sekiranya ada kesilapan dalam kandungan dalam laman web ini. Antara ahli-ahli yang terlibat dalam pembikinan laman web ini adalah pelajar-pelajar seperti berikut:

Nama: Norman Madde
No. Matriks: YE2008-1226
Tugasan: Web Designer & Photographer

Nama: Mazlan Masri Paat
No. Matriks: YE2008-1217
Tugasan: Photographer & Researcher

Rumah Pekebun Cina

| Labels: | Posted On

_MG_0234

Masyarakat Cina mendiami kawasan Bandar seperti Kudat, Sandakan, dan Tawau. Masyarakat Cina terlibat dalam perniagaan sebagai kegiatan ekonomi tradisi mereka. Tarian naga merupakan amalan tradisi mereka apabila menjelang Tahun Baru Cina setiap tahun.

Rumah tradisi mereka dibina tanpa menggunakan tiang. Pembinaan rumah berkait rapat dengan feng shui yang membawa nasib baik atau buruk kepada keluarga yang mendiami rumah tersebut. Struktur rumah cina terdiri daripada tiga bahagian iaitu hak tiang, soi tsun, tsu fong. Hak tiang atau ruang tamu yang mempunyai 2 tingkap atau tsung mun dan tai mun iaitu pintu utama di ruang tamu. Soi fong merupakan bilik tidur yang mempunyai sebuah katil berkelambu serta almari pakaian. Manakala ruang dapur dipanggil tsu fong yang terdapat tempat memasak dan ruang tempat menjamu hidangan. Dalam tsu fong terdapat tsan iaitu sebuah tungku, sapau iaitu periuk yang diperbuat daripada tanah liat dan won tsu iaitu almari makanan. Hou meng pula merupakan pintu kecil di belakang rumah dan bilik mandi dikenali sebagai cheung leong fong.



Sumber: Kg. Budaya, Muzium Sabah

Rumah Iranun

| Labels: | Posted On

_MG_0192


Masyarakat Iranun kebanyakkanya menetap di kawasan Tempasuk, Kota Belud dan Tungku di Lahad Datu. Kebiasaannya mereka tinggal di kawasan kuala dan pinggir sungai, dan mereka juga terkenal dengan kemahiran menenun kain destar dan mugah.

Terdapat tiga jenis rumah Iranun iaitu marigai untuk berketurunan datu-datu, kampilan untuk kelas pertengahan dan ubung-ubung bagi orang kebanyakan. Pantaran berfungsi sebagai tempat berehat dan ruang indung pula terbahagi kepada 3 bahagian iaitu, kalaan sawalai sebagai bilik tidur tetamu dan untuk tetamu bertandang, pagigahan sebagai bilik tidur untuk ibu bapa, manakala angkap adalah bilik tidur anak perempuan. Ruang kusina berfungsi sebagai tempat memasak, menyimpan makanan dan tempat menjamu hidangan sekeluarga. Ruang bawah kolong atau lebih dikenali sebagai taguwalai bagi orang Iranun yang terletak di bawah rumah berfungsi sebagai tempat menyimpan kayu api.




Sumber: Kg. Budaya, Muzium Sabah

Rumah Brunei

| Labels: | Posted On

_MG_0268


Masyarakat Brunei menetap di kawasan Pantai Barat Sabah seperti daerah Papar, daerah Membakut, Sipitang dan Labuan. Mereka tinggal berhampiran dengan sungai dan bekerja sebagai nelayan dan petani. Ciri yang membezakan rumah suku kaum lain adalah bentuk jendela atau tabuk yang panjang.

Struktur rumah Brunei terdiri daripada tiga bahagian iaitu pantaran, langgar, dan tambak. Serambi iaitu pantaran merupakan tempat berehat, langgar berfungsi sebagai ruang tamu, bilik tidur untuk anak dara, manakala tambak atau dapur merupakan tempat memasak, menyimpan alat memasak seperti tunku, periuk dan lain-lain. Bilik mandi dan juga tempat membasuh kain terletak di luar atau sudut tepi rumah.




Sumber: Kg. Budaya, Muzium Sabah

Rumah Lotud

| Labels: | Posted On

_MG_0149


Suku kaum Dusun Lotud menetap di daerah Tuaran dan daerah kecil Tamparuli di Sabah. Kegiatan ekonomi tradisi masyarakat ini ialah menanam padi, sayur-sayuran dan menangkap ikan. Tarian mongigol Sumayau adalah tarian yang sangat terkenal bagi masyarakat Dusun Lotud.

Terdapat enam jenis rumah atau dipanggil lamin oleh suku kaum Dusun Lotud. Lamin terdiri daripada lamin kopio, sulap-sulap (pondok), tinupak, pinopintod, kinubu dan tanaru. Struktur rumah suku kaum Dusun Lotud terdiri daripada 6 bahagian, iaitu soliu, soriba, rapuhan, kawas, pantaran, dan tilud. Soliu atau ruang tamu berfungsi sebagai tempat perbincangan, perjumpaan dan upacara adat. Soriba atau ruang di bahagian bawah juga digunakan sebagai tempat tidur untuk tetamu. Rapuhan berfungsi sebagai dapur dan terbahagi kepada salahan dan pahah untuk mengeringkan daging. Kawas yang dipisahkan oleh dinding ialah tempat tidur anak perempuan yang belum berkahwin. Pantaran merupakan ruang laluan dan ruang untuk menyimpan bekas simpanan air untuk membasuh kaki dan tangan sebelum masuk kedalam rumah. Tilud adalah ruang untuk menyimpan padi dan produk pertanian.




Sumber: Kg. Budaya, Muzium Sabah

Rumah Rungus

| Labels: | Posted On

_MG_0051


Masyarakat Rungus menetap di daerah Kudat, Kota Marudu dan Pitas. Secara tradisi mereka adalah petani dan tanaman utama mereka ialah jagung, ubi kayu dan padi huma. Tarian monggigol-sumundai merupakan tarian tradisi mereka yang dipersembahkan semasa majlis keramaian atau upacara amal mereka. Mereka juga terkenal dengan hasil kerja manik.

Secara tradisi mereka menetap di rumah panjang Rungus atau binatang yang dibina secara bergotong-royong di tapak yang mempunyai sumber air. Mereka menetap bersama-sama di rumah panjang tersebut terdiri daripada rangkaian bilik-bilik untuk setiap keluarga. Lantai rumah diperbuat daripada buluh dan nibong serta tagung iaitu sejenis kulit kayu yang dijemur sebagai pengikat dan origin adalah tiang daripada kayu yang keras.

Rumah panjang Rungus mempunyai dua bahagian utama iaitu di dalam dan di luar dikenali sebagai sid apad mempunyai dua ruang iaitu tingkang sid apad dan lansang sid apad. Tingkang sid apad adalah ruang terbuka yang berfungsi, perbincangan, kegiatan sosial seperti kraftangan, tempat berehat dan ruang untuk tidur untuk lelaki. Lansang adalah laluan umum dan juga digunakan pentas menari. Sallow ialah ruang mencuci kaki bila tetamu bertandang.

Sid ogob terdiri daripada tingkang dan langsang. Tinkad sid ongkob ialah ruang tidur untuk keluarga. Lansang sid ongkob terdiri daripada langsang, sallow, ropuhan dan uludan. Lansang atau lansang salarom ialah ruang makan untuk keluarga. Sallow adalah tempat basah untuk membasuh peralatan dapur seperti pinggan, periuk, makanan dan menyimpan air. Ropuhan adalah ruang untuk memasak, panahalan digunakan untuk menyalai daging dan ikan. Paha menyimpan makanan peralatan dapur. Uludan pula berfungsi sebagai fungsi tempat menyimpan kayu api. Pinggan-mangkok dan sudu disimpan di kalangkang yang disangkut pada dinding.




Sumber: Kg. Budaya, Muzium Sabah

Rumah Murut

| Labels: | Posted On

_MG_0008


Suku kaum Murut menetap di kawasan pedalaman Sabah seperti di Pensiangan, Sapulut, Tenom, Nabawan dan Sindumin. Secara tradisi, aktiviti harian mereka adalah bertani secara pertanian pindah dan memburu binatang.

Pahum sinompipit atau rumah panjang Murut mengandungi lebih daripada 15 buah sulap atau rumah. Tiang dan gelegar rumah ini diperbuat daripada kayu yang bulat, dinding diperbuat daripada kayu kulit, lantainya diperbuat daripada buluh dan bumbungnya diperbuat daripada daun tolidus yang telah dianyam. Pada keseluruhannya, (babantul nu salo) dan bilik-bilik keluarga, mengandungi tempat tidur ahli keluarga, manakala ruang tamu yang dipanggil salo berfungsi sebagai tempat bersosial, keagamaan, menyambut, tempat perbincangan, membuat kerja-kerja am dan tempat pengadilan. Ruang laluan atau dikenali tetangah memisahkan salo dan sulap. Ruang bilik mempunyai bebantul nu sulap atau pelantaran berfungsi sebagai tempat duduk dan tempat tidur anak dara. Rumah Panjang Murut lazimnya dilengkapi dengan lansaran yang terletak di bahagian tengah laluan yang berbentuk pelantar yang boleh dihenjut beramai-ramai untuk melonjak tinggi semasa mengadakan upacara keramaian. Ropur adalah dapur yang rapuhan yang diperbuat daipada tanah liat merupakan tempat ruang memasak manakala salahan merupakan tempat untuk mengeringkan ikan atau daging.




Sumber: Kg. Budaya, Muzium Sabah

Rumah Suluk

| Labels: | Posted On

_MG_0186


Masyarakat Suluk kebanyakannya tinggal di kawasan Pantai Timur Sabah seperti Sandakan, Lahad Datu dan Semporna. Secara tradisi mereka hidup sebagai nelayan dan petani. Taraf pemilik rumah dapat dilihat pada ukiran kayu bumbung rumah seperti ukiran naga dan manuk-manuk.

Struktur binaan rumah suluk terbahagi kepada empat ruang utama iaitu salas haguwa, salas halaum, paging kuran halambay dan dapulan. Terdapat dua jenis serambi iaitu salas halaum dan pag-hali-halihan-ha-guwa salas. Dua buah bilik iaitu pag’tugan merupakan tempat tidur ibu bapa dan anak lelaki. Angkap merupakan bilik tidur untuk anak perempuan. Dapulan pula berfungsi sebagai tempat memasak dan menyimpan makanan.




Sumber: Kg. Budaya, Muzium Sabah

Rumah Bonggi

| Labels: | Posted On

_MG_0030

Masyarakat Bonggi mendiami di Pulau Banggi dalam daerah kecil Banggi. Sistem ekonomi tradisi mereka adalah pertanian sara diri dan pertanian pindah dengan menanam ubi kayu, jagung dan pisang. Aktiviti sampingan mereka adalah menangkap ikan. Rumah bonggi dikenali sebagai Baali Baar Bonggi yang dibina di atas 25 tiang utama. Daun balak digunakan sebagai bumbung dan tali pengikat diperbuat daripada kulit pokok. Orang Bonggi memilih tapak rumah berhampiran dengan sumber air dan upacara geid nein turut diadakan.

Ruang rumah Bonggi mempunyai ruang utama seperti silian lasaan, tiningkat kanahan, lamin baar, tiningkat umai, lamin serambi dan dafor'n. Silian lasaan ialah ruang ruang utama berfungsi sebagai tempat tamu bertandang, berehat dan perbincangan diadakan. Di ruang silian lasaan, terdapat perasan sebagai tempat duduk untuk tetamu menunggu. Tiningkat kanahan berfungsi sebagai tempat tidur anak lelaki bujang dan tiningkat lama kisah sebagai tempat tidur ibu bapa sementara tiningkat umai adalah tempat tidur perempuan bujang dan tiningkat lamai tua sebagai tempat tidur nenek. Manakala dafor'n ialah ruang dapur terdiri daripada lalangan leuk, datag dafor'n, sender soung dan datag ligigan. Lalangan leuk ialah ruang penyediaan makanan, datag defor'n ialah tempat masak, sender soung ialah kawasan basah untuk membasuh dan datag liligan ialah ruang belakang berfungsi sebagai laluan keluar.




Sumber: Kg. Budaya, Muzium Sabah

Rumah Bisaya

| Labels: | Posted On

_MG_0116

Komuniti Bisaya kebanyakkannya menetap di daerah Beaufort dan Kuala Penyu. Mereka adalah terkenal sebagai pengusaha sagu tradisional yang diperbuat daripada pokok rumbia. Rumah tradisi mereka dikenali sebagai walai yang mana kebanyakkannya diperbuat daripada bahannya pokok seperti dinding, pintu, rangka dan lain-lain lagi. Rotan dijadikan sebagai bahan pengikat yang diperolehi daripada hutan. Rumah Bisaya dibahagi kepada empat bahagian utama iaitu ambir, saliuan, lamin dan serambi. Ambir adalah paling hadapan berfungsi sebagai serambi terbuka untuk menyambut tetamu, tempat bersantai dan membuat kerja-kerja harian. Manakala bahagian berdinding di dalam rumah adalah indung rumah yang dikenali sebagai saliuan. Ia berfungsi sebagai ruang keluarga untuk berhimpun, berehat dan mengalu-alu tetamu yang datang bertandang. Di antara dapur terdapat laluan bersebelahan dengan saliuan, iaitu bahagian tempat tidur yang dipanggil sebagai lamin. Bersebelahan dengan ini pula adalah dapur yang dipanggil serambi, kebiasaaannya terletak dibahagian belakang yang berfungsi sebagai ruang untuk memasak dan tempat makan.



Sumber: Kg. Budaya, Muzium Sabah

Rumah Bajau Kota Belud

| Labels: | Posted On

_MG_0282

Masyarakat Bajau kebanyakannya tinggal di kawasan Pantai Barat Sabah seperti di Kota Belud dan hidup sebagai nelayan dan petani. Mereka sangat terkenal dengan menunggang kuda yang dihiasi berwarna warni semasa hari keramaian.

Rumah Bajau terkenal dengan teknik menyambung kayu pada kedua-dua hujung rabung. Selain itu, terdapat juga hiasan ukiran yang dikenali sebagai layang-layang. Biasanya rumah ini dibina mengunakan kayu yang bulat untuk gelagar dan tiangnya, manakala lantainya diperbuat daripada buluh dan nibong (kayu nipah). Dinding dan bumbung pula diperbuat daripada daun nipah yang telah disusun. Rumah ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu keoyon dan serudung (dapur). Indung terdiri daripada ruang tamu yang berfungsi sebagai tempat bersanding, tempat tidur anak lelaki, tetamu dan turi merupakan tempat tidur anak gadis dara yang dipisahkan dengan kain atau kadang kala tidak. Para-para berfungsi sebagai tempat menyimpan barang bernilai seperti peralatan muzik, senjata dan barang tembaga. Dalam pada itu, dapur dipisahkan dengan indung yang hanya dihubungkan menggunakan serambi yang boleh berhubung pantaran (beranda). Tambak yang berbentuk pelantar yang diperbuat daripada tanah liat dan dibahagian atasnya dipanggil salaian untuk memanggang ikan dan juga untuk mengeringkan kayu api. Bahagian ruang bawah rumah pula dipanggil diak tambak untuk menyimpan kayu api.



Sumber: Kg. Budaya, Muzium Sabah