Rumah Bonggi

| Labels: | Posted On

_MG_0030

Masyarakat Bonggi mendiami di Pulau Banggi dalam daerah kecil Banggi. Sistem ekonomi tradisi mereka adalah pertanian sara diri dan pertanian pindah dengan menanam ubi kayu, jagung dan pisang. Aktiviti sampingan mereka adalah menangkap ikan. Rumah bonggi dikenali sebagai Baali Baar Bonggi yang dibina di atas 25 tiang utama. Daun balak digunakan sebagai bumbung dan tali pengikat diperbuat daripada kulit pokok. Orang Bonggi memilih tapak rumah berhampiran dengan sumber air dan upacara geid nein turut diadakan.

Ruang rumah Bonggi mempunyai ruang utama seperti silian lasaan, tiningkat kanahan, lamin baar, tiningkat umai, lamin serambi dan dafor'n. Silian lasaan ialah ruang ruang utama berfungsi sebagai tempat tamu bertandang, berehat dan perbincangan diadakan. Di ruang silian lasaan, terdapat perasan sebagai tempat duduk untuk tetamu menunggu. Tiningkat kanahan berfungsi sebagai tempat tidur anak lelaki bujang dan tiningkat lama kisah sebagai tempat tidur ibu bapa sementara tiningkat umai adalah tempat tidur perempuan bujang dan tiningkat lamai tua sebagai tempat tidur nenek. Manakala dafor'n ialah ruang dapur terdiri daripada lalangan leuk, datag dafor'n, sender soung dan datag ligigan. Lalangan leuk ialah ruang penyediaan makanan, datag defor'n ialah tempat masak, sender soung ialah kawasan basah untuk membasuh dan datag liligan ialah ruang belakang berfungsi sebagai laluan keluar.




Sumber: Kg. Budaya, Muzium Sabah