Rumah Rungus

| Labels: | Posted On

_MG_0051


Masyarakat Rungus menetap di daerah Kudat, Kota Marudu dan Pitas. Secara tradisi mereka adalah petani dan tanaman utama mereka ialah jagung, ubi kayu dan padi huma. Tarian monggigol-sumundai merupakan tarian tradisi mereka yang dipersembahkan semasa majlis keramaian atau upacara amal mereka. Mereka juga terkenal dengan hasil kerja manik.

Secara tradisi mereka menetap di rumah panjang Rungus atau binatang yang dibina secara bergotong-royong di tapak yang mempunyai sumber air. Mereka menetap bersama-sama di rumah panjang tersebut terdiri daripada rangkaian bilik-bilik untuk setiap keluarga. Lantai rumah diperbuat daripada buluh dan nibong serta tagung iaitu sejenis kulit kayu yang dijemur sebagai pengikat dan origin adalah tiang daripada kayu yang keras.

Rumah panjang Rungus mempunyai dua bahagian utama iaitu di dalam dan di luar dikenali sebagai sid apad mempunyai dua ruang iaitu tingkang sid apad dan lansang sid apad. Tingkang sid apad adalah ruang terbuka yang berfungsi, perbincangan, kegiatan sosial seperti kraftangan, tempat berehat dan ruang untuk tidur untuk lelaki. Lansang adalah laluan umum dan juga digunakan pentas menari. Sallow ialah ruang mencuci kaki bila tetamu bertandang.

Sid ogob terdiri daripada tingkang dan langsang. Tinkad sid ongkob ialah ruang tidur untuk keluarga. Lansang sid ongkob terdiri daripada langsang, sallow, ropuhan dan uludan. Lansang atau lansang salarom ialah ruang makan untuk keluarga. Sallow adalah tempat basah untuk membasuh peralatan dapur seperti pinggan, periuk, makanan dan menyimpan air. Ropuhan adalah ruang untuk memasak, panahalan digunakan untuk menyalai daging dan ikan. Paha menyimpan makanan peralatan dapur. Uludan pula berfungsi sebagai fungsi tempat menyimpan kayu api. Pinggan-mangkok dan sudu disimpan di kalangkang yang disangkut pada dinding.




Sumber: Kg. Budaya, Muzium Sabah