Rumah Pekebun Cina

| Labels: | Posted On

_MG_0234

Masyarakat Cina mendiami kawasan Bandar seperti Kudat, Sandakan, dan Tawau. Masyarakat Cina terlibat dalam perniagaan sebagai kegiatan ekonomi tradisi mereka. Tarian naga merupakan amalan tradisi mereka apabila menjelang Tahun Baru Cina setiap tahun.

Rumah tradisi mereka dibina tanpa menggunakan tiang. Pembinaan rumah berkait rapat dengan feng shui yang membawa nasib baik atau buruk kepada keluarga yang mendiami rumah tersebut. Struktur rumah cina terdiri daripada tiga bahagian iaitu hak tiang, soi tsun, tsu fong. Hak tiang atau ruang tamu yang mempunyai 2 tingkap atau tsung mun dan tai mun iaitu pintu utama di ruang tamu. Soi fong merupakan bilik tidur yang mempunyai sebuah katil berkelambu serta almari pakaian. Manakala ruang dapur dipanggil tsu fong yang terdapat tempat memasak dan ruang tempat menjamu hidangan. Dalam tsu fong terdapat tsan iaitu sebuah tungku, sapau iaitu periuk yang diperbuat daripada tanah liat dan won tsu iaitu almari makanan. Hou meng pula merupakan pintu kecil di belakang rumah dan bilik mandi dikenali sebagai cheung leong fong.



Sumber: Kg. Budaya, Muzium Sabah