Rumah Bisaya

| Labels: | Posted On

_MG_0116

Komuniti Bisaya kebanyakkannya menetap di daerah Beaufort dan Kuala Penyu. Mereka adalah terkenal sebagai pengusaha sagu tradisional yang diperbuat daripada pokok rumbia. Rumah tradisi mereka dikenali sebagai walai yang mana kebanyakkannya diperbuat daripada bahannya pokok seperti dinding, pintu, rangka dan lain-lain lagi. Rotan dijadikan sebagai bahan pengikat yang diperolehi daripada hutan. Rumah Bisaya dibahagi kepada empat bahagian utama iaitu ambir, saliuan, lamin dan serambi. Ambir adalah paling hadapan berfungsi sebagai serambi terbuka untuk menyambut tetamu, tempat bersantai dan membuat kerja-kerja harian. Manakala bahagian berdinding di dalam rumah adalah indung rumah yang dikenali sebagai saliuan. Ia berfungsi sebagai ruang keluarga untuk berhimpun, berehat dan mengalu-alu tetamu yang datang bertandang. Di antara dapur terdapat laluan bersebelahan dengan saliuan, iaitu bahagian tempat tidur yang dipanggil sebagai lamin. Bersebelahan dengan ini pula adalah dapur yang dipanggil serambi, kebiasaaannya terletak dibahagian belakang yang berfungsi sebagai ruang untuk memasak dan tempat makan.



Sumber: Kg. Budaya, Muzium Sabah