Rumah Bajau Kota Belud

| Labels: | Posted On

_MG_0282

Masyarakat Bajau kebanyakannya tinggal di kawasan Pantai Barat Sabah seperti di Kota Belud dan hidup sebagai nelayan dan petani. Mereka sangat terkenal dengan menunggang kuda yang dihiasi berwarna warni semasa hari keramaian.

Rumah Bajau terkenal dengan teknik menyambung kayu pada kedua-dua hujung rabung. Selain itu, terdapat juga hiasan ukiran yang dikenali sebagai layang-layang. Biasanya rumah ini dibina mengunakan kayu yang bulat untuk gelagar dan tiangnya, manakala lantainya diperbuat daripada buluh dan nibong (kayu nipah). Dinding dan bumbung pula diperbuat daripada daun nipah yang telah disusun. Rumah ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu keoyon dan serudung (dapur). Indung terdiri daripada ruang tamu yang berfungsi sebagai tempat bersanding, tempat tidur anak lelaki, tetamu dan turi merupakan tempat tidur anak gadis dara yang dipisahkan dengan kain atau kadang kala tidak. Para-para berfungsi sebagai tempat menyimpan barang bernilai seperti peralatan muzik, senjata dan barang tembaga. Dalam pada itu, dapur dipisahkan dengan indung yang hanya dihubungkan menggunakan serambi yang boleh berhubung pantaran (beranda). Tambak yang berbentuk pelantar yang diperbuat daripada tanah liat dan dibahagian atasnya dipanggil salaian untuk memanggang ikan dan juga untuk mengeringkan kayu api. Bahagian ruang bawah rumah pula dipanggil diak tambak untuk menyimpan kayu api.



Sumber: Kg. Budaya, Muzium Sabah