Rumah Murut

| Labels: | Posted On

_MG_0008


Suku kaum Murut menetap di kawasan pedalaman Sabah seperti di Pensiangan, Sapulut, Tenom, Nabawan dan Sindumin. Secara tradisi, aktiviti harian mereka adalah bertani secara pertanian pindah dan memburu binatang.

Pahum sinompipit atau rumah panjang Murut mengandungi lebih daripada 15 buah sulap atau rumah. Tiang dan gelegar rumah ini diperbuat daripada kayu yang bulat, dinding diperbuat daripada kayu kulit, lantainya diperbuat daripada buluh dan bumbungnya diperbuat daripada daun tolidus yang telah dianyam. Pada keseluruhannya, (babantul nu salo) dan bilik-bilik keluarga, mengandungi tempat tidur ahli keluarga, manakala ruang tamu yang dipanggil salo berfungsi sebagai tempat bersosial, keagamaan, menyambut, tempat perbincangan, membuat kerja-kerja am dan tempat pengadilan. Ruang laluan atau dikenali tetangah memisahkan salo dan sulap. Ruang bilik mempunyai bebantul nu sulap atau pelantaran berfungsi sebagai tempat duduk dan tempat tidur anak dara. Rumah Panjang Murut lazimnya dilengkapi dengan lansaran yang terletak di bahagian tengah laluan yang berbentuk pelantar yang boleh dihenjut beramai-ramai untuk melonjak tinggi semasa mengadakan upacara keramaian. Ropur adalah dapur yang rapuhan yang diperbuat daipada tanah liat merupakan tempat ruang memasak manakala salahan merupakan tempat untuk mengeringkan ikan atau daging.




Sumber: Kg. Budaya, Muzium Sabah